
GANDAKAN SAHAM AKHIRAT ANDA, DENGAN MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN & PENTADBIRAN MADRASAH DARUL IMAN
GANDAKAN SAHAM AKHIRAT ANDA, DENGAN MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN & PENTADBIRAN MADRASAH DARUL IMAN
Madrasah Darul Iman atau dikenali dengan singkatan MDI adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang ditubuhkan pada 30 November 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.
Matlamat penubuhan sekolah rendah ini adalah atas kesedaran daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Dilahirkan anak Adam dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibubapalah yang membentuknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
Hadith tersebut menegaskan betapa pentingnya tanggungjawab kedua-dua ibubapa dalam membentuk dan mendidik anak-anak ke jalan yang betul agar tidak tergolong di kalangan manusia yang syirik kepada Allah swt.
Ia juga menjelaskan betapa perlunya satu pendidikan kanak-kanak yang terancang dan sempurna di rumah ataupun tempat pendidikan Islam yang semestinya mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat.
Penubuhan awal MDI ini bermula dengan bangunan yang sedia ada di tepi Masjid Titian baru yang hanya dapat menampung 6 kelas sahaja ( tahun 1 tiga kelas, tahun 2 dua kelas dan satu bilik sumber, bermakna keseluruhan bangunan telah penuh. Pada masa itu, Pengambilan untuk tahun 2010 memerlukan bangunan yang baru.
Sehubungan dengan itu, pihak MDI telah pun bercadang untuk membeli tanah di sebelah bangunan sedia ada untuk membina sebuah bangunan empat tingkat dengan setiap tingkat sebanyak 5 bilik darjah bagi menampung keperluan kelas sehingga tahun 2013.
Alhamdulillah, dengan sumbangan orang ramai hingga kini.. bangunan MDI telahpun menjadi sekolah yang dapat menampung sehingga 1000 orang murid pada satu-satu masa.
KINI, MDI sedang meneruskan fasa seterusnya untuk membeli satu lot tanah di tepi sekolah bertujuan untuk perluasan pembangunan bagi kemudahan bekalan elektrik (pencawang elektrik) dan air (menara tangki air). Memandangkan bekalan elektrik yang agak terhad, dan bekalan air yang tidak dapat memenuhi keperluan warga MDI.



DANA PENDIDIKAN & PENGURUSAN
Pihak MDI berusaha sebaik mungkin memenuhi keperluan
pelajar,guru dan staff. Berikut adalah keperluan yang sangat diperlukan.
1. Pembelian Kerusi Pelawat (RM 470 X 5 UNIT) = RM 2,350
2. Baik pulih bangunan = RM 30,000
3. Projector LCD 3 set = RM 30,000
4. Meja
& Kerusi Pelajar (RM140 X 100 UNIT) = RM 14,000
5. Utiliti Bulanan = RM 5,000
6. Pengurusan Mesin Fotostat 3x Sebulan = RM 1,000
7. Barang Keperluan Makmal Sains = RM 15,000
Pihak
kami juga amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk keperluan barangan yang
diperlukan. Tuan/Puan boleh menguhubungi pihak MDI bagi mengetahui keperluan
semasa MDI.
Kos Pengurusan
Kos pengurusan
ini diperlukan bagi membiayai keperluan yang diperlukan bagi perkara berikut:
1. Kebajikan
Guru
2. Kos
Pengurusan Pelajar & Staff : Aktiviti Ko-Kurikulum & Kurikulum
Sumber kewangan tetap MDI adalah sepenuhnya daripada yuran para pelajar. Pendapatan selebihnya adalah bergantung kepada sumbangan, infaq dan bantuan daripada ibu bapa dan orang ramai.
Sepanjang musim PKP, pendapatan MDI sangat terjejas kerana tidak dapat beroperasi secara sepenuhnya dan gaji kepada guru dan staff perlu dibayar.
Sumbangan anda amat bernilai buat kami. Moga-moga dengan setiap derma yang disumbangkan, tuan puan dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur dalam kebaikan, dan sentiasa mendapat keberkatan hidup.
Kami mendoakan yang terbaik untuk tuan puan semua.
Untuk
Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah
Bank : CIMB
Nama : MADRASAH DARUL IMAN
No Akaun : 8602915863
@
Bank : BANK RAKYAT
Nama : MADRASAH DARUL IMAN
No Akaun : 11-011-201569-1
Tolong letakkan reference " mdi" untuk mudahkan pihak kami menguruskan dana.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi /klik no tel untuk whatsapp : 019-9619121 / 019-9790535 (MADRASAH DARUL IMAN).