Akaun mditerengganu.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

SUMBANGAN SEIKHLAS HATI, MEMBANTU MDI MELANCARKAN KOS PENGURUSAN BULANAN MADRASAH DARUL IMAN

 

Madrasah Darul Iman adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat yang diasaskan pada tahun 2007, terletak di Kampung Titian Baru, Kedai Buloh,  21070, Kuala Terengganu.

 

Sekolah yang menerima murid-murid bermula dari tahun 1 hingga 6 dengan silibus pembelajaran lebih kepada UPSR & UPSRI.

[ Suasan ketitka perhimpunan setiap hari ahad (pelajar lelaki ]


Murid-murid amat ditekankan dengan aktiviti ukhrawi sehinggakan pada setiap akhir hari pembelajaran, murid-murid diwajibkan untuk solat zohor secara berjemaah sebelum pulang bertemu dengan ibu bapa masing-masing.

 

MDI kini mempunyai 100 orang kakitangan dan 1200 orang murid.

 

Kos PENGURUSAN yang ditanggung setiap bulan, meliputi elaun bulanan kakitangan, bil utiliti dan kos penyelenggaraan, prasarana Madrasah, bergantung 100% kepada yuran murid.

 


[ Suasan ketika perhimpunan setiap hari ahad (pelajar perempuan ]




KEMPEN DANA PENDIDIKAN & PENGURUSAN MADRASAH DARUL IMAN

 

Melalui Kempen Dana Pendidikan Madrasah Darul Iman, anda boleh bersama-sama membantu Madrasah Darul Iman untuk melancarkan pengurusan MDI dan menjaga kebajikan para guru & staff MDI yang terjejas sepanjang kemelut Covid-19.



[ Kelas kini dijalankan secara online dari rumah ]


Kami mengajak anda semua untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan dalam Kempen Dana Pendidikan & Pengurusan Madrasah Darul Iman.

 

Sumbangan yang anda berikan akan digunakan sepenuhnya untuk kestabilan pengurusan MDI yang berjumlah RM100K setiap bulan. Selain itu, sumbangan ini juga akan disalurkan bagi menjaga kebajikan guru-guru dan staff Madrasah Darul Iman.


 

[ Sumbangan berupa keperluan harian disumbangkan oleh orang ramai kepada 100 orang warga MDI pada Ramadhan yang lalu ]



 [ Sumbangan lebih RM30000 diterima daripada orang ramai untuk pembinaan dataran sekolah, kerja pemasangan bermula Januari 2020, dibantu oleh orang-orang kampung sekitar MDI ]

 

Kini, MDI terpaksa memotong beberapa perbelanjaan kerana kekurangan dana

 

Memandangkan kerajaan telah mengarahkan semua sekolah DITUTUP ekoran penyebaran virus Covid-19, dan semua rakyat dikenakan perintah kawalan pergerakan/bersyarat (PKP/B),

 

Maka, sekolah tidak dapat dijalankan seperti biasa untuk masa ini dan yuran murid hanya dikenakan SEPARUH daripada kadar biasa, memandangkan guru-guru masih perlu melakukan pengajaran dan pembelajaran dari rumah.


Ini mengakibatkan seluruh tenaga kerja MDI menghadapi KESULITAN dari segi kewangan dan perbelanjaan bulanan.


Justeru itu, pihak kami berusaha mengumpul kewangan bagi membantu menstabilkan kos PENGURUSAN MDI dengan membuka peluang kepada tuan/puan untuk membuat pelaburan akhirat.

 

BERAPAKAH DANA YANG DIPERLUKAN?

 

RM100K sebulan diperlukan bagi membiayai kos pengurusan MDI yang meliputi 3 perbelanjaan utama iaitu :

 

+ Elaun kakitangan

+ Bil utiliti

+ Kos Penyelenggaraan

  

Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk berkongsi sedikit rezeki anda semua dengan kami yang 100% bergantung kepada yuran murid-murid.

Mungkin pada anda, RM50 itu sedikit. Namun besar bagi kami. RM50 ini boleh digunakan untuk membantu menjaga kebajikan para guru & staff. 




Bagaimana anda boleh membantu?



Sumbangan yang anda berikan, kami akan salurkan kepada :-

 

  Urusan pembelian tanah

  Penambahbaikan Sekolah

  Pengurusan MDI



 

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : CIMB

Nama : MADRASAH DARUL IMAN

No Akaun : 8602915863

 

@

 

Bank : BANK RAKYAT

Nama : MADRASAH DARUL IMAN

No Akaun : 11-011-201569-1

 

 

Tolong letakkan reference " mdi" untuk mudahkan pihak kami menguruskan dana.


Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi /klik no tel untuk whatsapp :  019-9619121 /  019-9790535 (MADRASAH DARUL IMAN).